“I benci dia. Benci! Benci! Benci!”
Ungkapan kerap kita dengar. Benci, perasaan terdorong akibat kita tidak gemar dengan perlakuan maupun perbuatan orang lain. Barangkali orang itu secara sengaja atau tidak menyakitkan hati, mengguris perasaan atau menjatuhkan maruah diri kita. Biarpun suatu ketika dia mungkin pernah kita sayangi sebelum dibenci. Barangkali sebelum dia dibenci kita pernah berkata ..
“I sayang you. Sayang! Sayang! Sayang!”
.. kepadanya.
Kata saya, jangan terlalu mudah membenci seperti juga usah terlalu mudah menyayangi kerana sayang boleh bertukar benci, benci boleh bertukar sayang andai ditakdirkan. Benci dan sayang biar berpada, itu pesanan orang terdahulu.
Kepada gadis, jangan terlepas kata kepada lelaki. Umpamanya ..
“Aku menyampah, meluat dan benci tengok dia tu”
Acap kali berlaku, ‘dia’ itu kemudian ditakdirkan menjadi kekasih dan suami disayangi hingga ke akhir hayat.
Kepada pasangan bercinta, ingat ..
Segalanya bermula dengan detik manis. Jika di penghujung, perhubungan manis bertukar pahit, terimalah dengan hati terbuka. Tamatkan perhubungan itu secara baik sepertimana ia bermula. Cuba jangan membenci bekas kekasih kerana hakikat tidak terpadam dek minda, suatu ketika, dia insan pernah kita sayangi. ^^,
No comments:
Post a Comment