Click here for Myspace Layouts

Saturday, December 24, 2011

SAYANG SAYA HANYA UNTUK AWAK :'D

Semalam awak tanya saya.. "awak sayang saya tak?"
Saya jawab "Sayang...."
Awak tarik muncung. Awak kata saya jawab tak ikhlas!

Hari ni awak tanya lagi. "Kalau saya jd bunga, awak nak jadi apa?"
Saya jawab "Saya akan jadi tukang kebunnya."
Awak merajuk lagi. Awak kata saya tak romantik!

Hari ni besday awak. Tapi saya terlupa.. Saya betul2 tak sengaja..
Saya terlalu sibuk dengan urusan kerja..
Maafkan saya...

Esok hari kekasih.. Awak ajak saya 'candlelight dinner' sama-sama..
Tapi saya ada meeting dengan client..
Sorry..

Saya dapat sms. Awak bgtau kwn lama awak add awak kt facebook..
Saya buat biasa je.
Kawan la.. Saya tak marah pun.
Tapi sebenarnya saya cemburu sikit. Cuma saya taknak cakap je..

Hari ni awak mtk izin keluar jumpa si dia.
Saya kata nak buat apa?.
Awak merajuk. Awak kata saya x sporting.
baiklah.. pergilah..
saya xde hak nak halang awak.

masuk hari ni dah seminggu awak menyepi.
saya call awak dari minggu lepas
tapi satu pun awak x angkat.. awak kemana?
saya risau tau tak?

saya nekad..
hari ni saya datang rumah awak cari awak.
mak awak kata awak takde.
tapi saya nmpak kasut awak.
sampai hati awak bohong saya.

malam tu awak call saya..
awak mintak putus.
awak kata awak nak bersama dengan si dia
puas saya merayu tapi awak tetap nak pergi..
saya tak tau nak cakap mcm mana lagi..

setiap hari saya lihat awak dari jauh
saya takut awak tersalah langkah
saya xnak si dia amik kesempatan kat awak
saya sayangkan awak..
sama macam dulu..
tak pernah berubah..

hari ni saya dapat tau awak ecident.
bergegas saya ke hospital.
doktor kata mata awak tertusuk kaca.
awak dah tak boleh melihat lagi.
ya Allah.. sedihnya saya.

boyfriend awak hilang entah ke mana.
mungkin dia tak suka girlfriend buta.
tapi tak mengapa..
awak jangan sedih ya..
kan ada saya..

doktor kata mata awak perlukan penderma.
pembedahan pun agak menelan belanja.
maafkan saya awak.
duit titik peluh saya selama ni untuk mengahwini awak terpaksa saya guna untuk pembedahan mata awak.
saya nak awak sembuh.

hari ni awak dah boleh melihat.
syukurlah.. lega hati saya.
saya harap lepas ni awak hati-hati.
saya tak dapat nak jaga awak lagi.

ya, memang saya tak romantik.
memang saya selalu pelupa.
memang saya selalu banyak kerja.
tapi percayalah..
sayangnya saya pada wak..
lebih dari segala-galanya..

"ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang"

Sunday, June 5, 2011

Bila Diri Tak Dihargai ^^,

Bila diri tak dihargai.. manusia sering kecewa..



Bila diri tak dihargai.. manusia akan menangis semahunya kerna insan yang disayangi tidak mencurahkan sayang..

Bila diri  tak dihargai.. akal seakan tepu.. tiada lagi kudrat tuk melakukan semua perkara..

Bila diri  tak dihargai.. segala bentuk kedukaan bersarang dihati..

Bila diri  tak dihargai.. jiwa mula memancing keluhan..

Bila diri  tak dihargai.. dunia seolah-olah sudah sampai ke akhirnya..

Bila diri tak dihargai..  butiran bicara menjadi kelu..

Bila diri  tak dihargai.. Kita memang mudah mengalirkan airmata..

Bila diri tak dihargai.. kita akan mudah membenci..

Kecewa dengan cinta sesama manusia bukanlah tiket untuk kita berhenti berharap pada Allah..

Siapa kata kita tak dihargai..? Allah sangat menghargai hambaNya..Buktinya.. nikmat iman dan islam.. juga nikmat pancaindera,  nikmat menimba ilmu..  Cuma kita yang kerap berpaling dari landasanNya.. Kita hanya kira kekecewaan kita.. Kita hanya pertikai mengapa kita  tak dihargai oleh manusia.. tapi sebenarnya kita terlupa, kita terlupa untuk belajar menghargai Pencipta kita..

Sakitkan bagaimana rasa bila diri tak dihargai.. Tambahan pula banyak yang telah kita laburkan pada insan yg kita sayang.. Begitulah yg Allah rasa, bagaimana hambaNya tidak menghargai segala jenis nikmat yg Allah titipkan buat kita.. Malah terus berpaling dari jalanNya,..

Bagaimana manusia bgitu sukar untuk mmutuskan hubungan cinta sesame manusia yg kononnya dianggap suci, padahal baru setahun, dua hbungan itu trjalin.. sbaliknya kita dgn snang-snangnya mmutuskan hbungan cinta Allah yg ternyata suci dan hakiki, padahal kita tau, hubungan cinta itu telah termetrai dan tejalin sejak kita di alam roh lagi..

Maafkan orang lain bererti memaafkan diri sndiri, hidup terlalu singkat utk membenci justeru sucikanlah hati mencari Illahi, Malam itu indah, namun Penciptanya jauh lebih indah jadi, mengapa memuja malam... tapi tidak Penciptanya?
~Di Mana DIA di Hatiku~

kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu..ia boleh dirasai dalam hati.  renungkanlah dgn 
mata hati.


Katakan pada hati.. AKU CINTA ILLAHI! <3

Friday, June 3, 2011

Sebuah Pertemuan :)

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau nsanea rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman ..

Benci Dan Sayang Biar Berpada

“I benci dia. Benci! Benci! Benci!”

Ungkapan kerap kita dengar. Benci, perasaan terdorong akibat kita tidak gemar dengan perlakuan maupun perbuatan orang lain. Barangkali orang itu secara sengaja atau tidak menyakitkan hati, mengguris perasaan atau menjatuhkan maruah diri kita. Biarpun suatu ketika dia mungkin pernah kita sayangi sebelum dibenci. Barangkali sebelum dia dibenci kita pernah berkata ..

“I sayang you. Sayang! Sayang! Sayang!”

.. kepadanya.

Kata saya, jangan terlalu mudah membenci seperti juga usah terlalu mudah menyayangi kerana sayang boleh bertukar benci, benci boleh bertukar sayang andai ditakdirkan. Benci dan sayang biar berpada, itu pesanan orang terdahulu.

Kepada gadis, jangan terlepas kata kepada lelaki. Umpamanya ..

“Aku menyampah, meluat dan benci tengok dia tu”

Acap kali berlaku, ‘dia’ itu kemudian ditakdirkan menjadi kekasih dan suami disayangi hingga ke akhir hayat.

Kepada pasangan bercinta, ingat ..

Segalanya bermula dengan detik manis. Jika di penghujung, perhubungan manis bertukar pahit, terimalah dengan hati terbuka. Tamatkan perhubungan itu secara baik sepertimana ia bermula. Cuba jangan membenci bekas kekasih kerana hakikat tidak terpadam dek minda, suatu ketika, dia insan pernah kita sayangi. ^^,

Saturday, February 26, 2011

Saya Tak Mahu Jadi Dewasa

Dulu, saya nak cepat-cepat jadi dewasa
Boleh pakai kasut tumit tinggi
Boleh melaram, mekap-mekap muka
Boleh cepat kerja, sebab org slalu tanya apa cita-cita
Boleh pegi mana-mana saya suka
Boleh bercinta
Boleh balik rumah lewat malam
Banyak benda lah boleh buat kalau dah besar ni.
Lama-lama, baru saya perasan..
Saya dah tak baca komik doraemon, tapi baca majalah cleo
Saya dah tak main masak-masak tapi memang masak betul-betul
Saya dah lama dapat kunci 21
Saya dah boleh mengundi
Kahwin pun boleh, kalau saya nak.
Saya ingatkan best jadi dewasa ni
Saya boleh buat keputusan sendiri, kakak dan abang saya dah tak boleh marah saya
Saya bukan budak hingusan lagi tapi mahasiswi universiti
Universiti saya kat Eropah pulak tu, tak penah-penah saya fikir nak pergi overseas
Kalau pegi theme park, semua rides saya boleh naik, tiada halangan umur atau tinggi
Dulu saya buat karangan "Saya Seekor Nyamok" tapi baru-baru ni saya submit essay pasalforensic evidence in courts of law
Dulu saya mintak papa beli komputer sebab nak main games, tapi sekarang saya beli komputer untuk buat assignments dan macam-macam.
Rupa-rupannya...
Jadi dewasa ni...
Kena matang
Kena professional
Banyak tanggungjawab
Banyak masalah, lagi banyak dari masa remaja dulu
Banyak essay nak kene tulis
Banyak pakai duit
Tak boleh emosional tak bertempat
Kena cari makan sendiri
Kena buat keputusan, keputusan, keputusan dan keputusan
Kena kawan dengan semua orang, biarpun tak sama minat dengan kita
Kena berpada-pada kawan dengan berlainan jantina
And banyak lagi la kena,kena,kena,kena,kena dan kena..
Namun itulah sunnatullah
Saya kena hadapi dengan redha dan tabah. :)
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah; 286)

Lebih Baik Saya Daripada Mereka?


Senario Dalam Komuter :
Manusia bersesak-sesak mahu ke destinasi masing-masing. Sepasang kekasih, Teruna dan Dara masuk ke koc campuran bersama-sama.
"Kalau tak berteman takut nanti terlupa atau tertinggal stesen," kata Si Teruna.
Si Dara terus sahaja bersetuju. Sanggup bersesak-sesak asalkan dapat keluar dari tren bersama-sama. Sambil itu boleh juga berbual-bual, tidaklah bosan di dalam tren nanti. Klang ke Midvalley bukan dekat. Hampir sejam juga perjalanan. Itupun kalau tidak tersangkut-sangkut. Begitulah fikir Si Dara mengiakan logik cadangan Si Teruna.
Di dalam tren, sesaknya tidak terkata. Pasangan kekasih tadi terkepung. Ruang hendak berganjak tiada. Tambah parah koc yang mereka naiki tiada wanita lain. Hanya Si Dara itu seorang dan yang seorang itulah terpaksa bersesak dengan semua lelaki yang lain.
Maka Si Teruna dengan penuh rasa kasih sayang, 'caring', lagi 'protective' menarik Si Dara supaya lebih dekat dengannya.
"Awak peganglah baju saya. Tak adalah terlanggar orang lain. Tak pun awak sandar je kat sini." cadang Si Teruna sambil menunjuk ke arah dadanya.
Si Dara yang sememangnya daripada tadi rimas dikelilingi lelaki-lelaki asing mengangguk tanda setuju. Perlahan-lahan dia meletakkan kepalanya. Terasa selamat, rasa dilindungi. Makin yakinlah Si Dara bahawa Si Teruna memang benar-benar menyayanginya. Makin mekar jugalah rasa kasih Si Dara kepada Si Teruna dan makin bangga jugalah Si Teruna kerana dapat melindungi Si Dara yang dicintainya.
Tren semakin lama semakin sesak. Makin terdesak jugalah Si Teruna dan Dara berpegangan. Si Dara tidak sanggup dirinya bersentuhan dengan lelaki lain. Maka makin kuatlah pegangannya ke pinggang Si Teruna. Si Teruna pula tidak sekali-kali membenarkan jantan lain menyentuh kekasihnya. Haram! Makin rapat jugalah ditariknya Si Dara.
" Lebih baik dia sentuh aku daripada mereka." bisik hati Si Teruna.
***
Persoalan saya, betulkah lebih baik begitu?
Inilah persoalan yang saya ajukan kepada Si Teruna dan Dara. Mereka mengaku tahu hukum bersentuhan antara bukan mahram.
"Bergomolan dengan khinzir itu adalah lebih baik berbanding bersentuhan dengan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram." ( Riwayat Ibnu Majah )
"Tapi memang dah tak ada pilihan lain. Takkan nak dibiarkan Si Dara berlanggaran dengan semua lelaki lain?"
"Gua tak sanggup, bro! Itu awek gua, bro!" Bentak Si Teruna.
"Tapi dia seorang je lelaki yang saya kenal kat situ! Saya tak sanggup berlaga-laga dengan lelaki lain. Silap-silap kena raba. Sekurang-kurangnya Si Teruna sayang saya!" Bidas Si Dara pula.
Ya! Kenapa tak dibiarkan sahaja? Lebih baik dibiarkan Si Dara berlanggar dengan lelaki lain tanpa sengaja dari berpegangan dengan Si Teruna dengan sengaja!
"Yang tidak disengajakan itu mungkin boleh diampunkan Allah, tetapi adakah yang sengaja itu boleh diterima?"
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya."(Riwayat at-Tabrani dan Baihaqi)
"Kitab mana pula yang berkata lebih baik untuk Si Dara berpegangan dengan kekasihnya daripada bersentuhan dengan lelaki selainnya?"
"Apakah ada dinyatakan dalam hukum syara' bahawa memegan teman lelaki (atau tunang) itu lebih baik atau lebih kurang dosanya daripada memegang lelaki lain?"
Jikalau siapa merasakan ada dalilnya untuk mereka berbuat begitu, maka silalah tunjukkan pada dunia. Silakan teruskan berpelukan kalau benar ada syara' yang membenarkan. Kalau tidak ada, maka berjauhlah kalian daripada masing-masing. Biarlah Si Dara naik koc wanita, Si Teruna naik koc lain. Lebih baik terlepas stesen daripada melanggar larangan Allah swt.
Akhirnya, apabila disebut tentang larangan Allah swt teringat pula kepada satu perkara yang lebih penting ;
"Pergi 'dating' bersama tu, Allah swt benarkan ke?"

Kita Sepatutnya


Hubungan cinta sebelum perkahwinan merupakan satu cabaran bagi pemuda-pemudi hari ini. Jika kita terjebak dengan perkara ini, kita mestilah berpegang kepada prinsip-prinsip yang betul dan takut kepada Allah (khauf Allah) kerana sudah pasti syaitan akan sentiasa menghasut kita untuk melakukan maksiat.

Kita sepatutnya bersyukur jika si dia :
  • Menolak ajakan kita untuk keluar.
  • Tidak selalu mengadu kesedihannya.
  • Cemburu pada tempatnya.
  • Mengajak kita untuk bertahajud.
  • Mengajak kita menutup aurat dengan sebenar benarnya.
  • Mengingatkan kita atas dosa-dosa yang kita tidak sedari.
  • Mengajak kita untuk berkahwin jika sudah mampu.
  • Menahan dari melafazkan kata-kata cinta yang tidak hak kepada kita.
Kita tidak sepatutnya bersyukur jika si dia :
  • Mengajak kita keluar ditengah malam semalaman.
  • Mengadu pada setiap saat sehinggakan terluka 2 cm pun mahu mengadu.
  • Cemburu buta sampaikan marah walaupun sedikit.
  • Mengajak kita ke majlis-majlis maksiat.
  • Bangga dengan pakaian ketat yang terdedah kita.
  • Mengajak kita membuat dosa.
  • Menangguh pernikahan semata-mata untuk mengejar kesenangan dunia.
  • Selalu melafazkan kata-kata cinta setiap hari.